Monday, September 7, 2015

Mengajar Membina Entri kali ke-2 Untuk Murid Tahun 5Terbilang

Hari ini tanggal 8 September 2015 memberi tugasan kepada  murid Tahun 5 Terbilang untuk  menulis satu entri baru mengenai " Sistem Rangkaian ".Bahan-bahan nota yang ditemui hendaklah disalin,kemudian ditampal di dalam enti kumpulan masing-masing.di sini saya menemui satu blog pembelajaran TMK yang boleh saya jadikan contoh kepada murid-murid saya.Kredit buat tuan punya blogspot :http://tmkrendah.blogspot.my/2014/09/tmk-tahun-5.html


Tajuk: Sistem Rangkaian Dan Dunia Komputer


  • Pengenalan Kepada Rangkaian
  • Definasi Rangkaian
  • Kegunaan Rangkaian
  • Jenis-jenis Rangkaian
  • Jenis Senibina Rangkaian
  • Jenis Topologi
  • Jenis Teknologi Komunikasi


Pengenalan Kepada Rangkaian 


Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.

Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.

Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:


* Perkongsian Maklumat    

* Perkongsian Sumber Perkakasan    
* Perkogsian Sumber Perisian    
* Utusan Elekronik (E-Mail)    
* Keselamatan Data    
* Sokongan




Definisi Rangkaian


Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik. 



Komputer  dalam rangkaian boleh  dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.





Kegunaan Rangkaian


  • Berkongsi fail (gambar, muzik, dokumen, dll)
  • Berkongsi peranti (printer, faks, modem, dll)
  • Berkongsi akses internet 
  • Pengurusan perisian berpusat (perkongsian perisian dengan pelayan)
  • Mel Elektronik (E-Mel)




Jenis Rangkaian

  • LAN-Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network)
  1. Bentuk rangkaian paling mudah.
  2. Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
  3. Boleh meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus.

  • MAN- Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network)
  1. Meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan LAN.
  2. Beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.

  • WAN- Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network)
  1. Menggabungkan 2 atau lebih rangkaian LAN
  2. Melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. Contoh: Florida, Amerika dengan dunia.

  • PAN- Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network)
  1. Rangkaian yang digunakan oleh perseorangan untuk kominikasi antara peranti komputer.
  2. Meliputi kawasan beberapa meter.
  3. Boleh dibuat melalui port USB, port FireWire, Inframerah dan bluetooth.

  • VPN- Rangkaian Network Maya (Virtual Private Network)
  1. Menggunakan infrastruktur telekomunikasi awam seperti internet.
  2. Beroperasi untuk capaian dan akses yang lebih selamat ke atas ibu pejabat atau cawangan yang lain.
  3. Guna terowong (tunnel) untuk mengekalkan privasi dan keselamatan data terjamin.

  • WLAN- Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (Wireless LAN)
  1. Jenis LAN yang guna frekuensi gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod.
  2. Biasanya liputan hanya 100 meter.

  • WIMAX- Worldwide Interoperability for Microwave Access
  1. Teknologi baru yang menyerupai WiFi.
  2. Dikenali sebagai wireless MAN
  3. Jarak 50 kilometer.
  4. 2 bahagian:
  • Sistem pangkalan WiMAX yang berasaskan konsep menara telefon bimbit
  • Penerima WiMAX yang dipasang di rumah.


Senibina Rangkaian 

Adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan.Termasuk penggunaan transmisi, perisian dan protokol-protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar.  


Dua Jenis Senibina Rangkaian

1. Pengguna – ke – Pelayan


  • Terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain (pengguna).
  • Komputer pelayan menjalankan pengurusan berpusat untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain-lain. 
  • Komputer pengguna adalah komputer yang meminta perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan.
Ciri-ciri Pengguna – ke – Pelayan
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  •  perkongsian data dan perisian aplikasi
  •  perbelanjaan lebih mahal (komputer pelayan)
  •  perlu penyelenggaraan untuk menjamin keberkesanan sistem
  •  rangkaian tidak berfungsi(pelayan rosak)



2. Rakan – ke – Rakan /P2P

  • Semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai pelayan dan pengguna.
  • Semua komputer berupaya mencapai fail komputer yang lain. Pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian.

Ciri-ciri 
  
  • Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
  •  perkongsian data dan perisian aplikasi
  •  perbelanjaan lebih mahal (komputer pelayan)
  •  perlu penyelenggaraan untuk menjamin keberkesanan sistem
  •  rangkaian tidak berfungsi(pelayan rosak)


Jenis Topologi


1. Topologi Bintang (Star Topology)

Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.

Kebaikan Topologi Bintang
  • Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
  • Mudah mengenalpasti masalah
  • Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian. 

Kelemahan Topologi Bintang
  • Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel)
  • Sekiranya hab gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi
  • Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.

2. Topologi Cincin (Ring Topology)
  • Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentukkan satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. 
  • Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data. 

Kelebihan Topologi Cincin
  • Ia adalah satu rangkaian yang teratur di mana semua nod dalam rangkaian mempunyai akses sama rata kepada semua sumber – sumber.
  • Ia tidak memerlukan komputer pelayan rangkaian untuk menguruskan sambungan.



Kelemahan Topologi Cincin
  • Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B,C,D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar. 
  • Penambahan dan pengurangan peranti di dalam rangkaian boleh memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.



3. Topologi Bas (Bus Topology)

Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.


Kelebihan Topologi Bas
  • Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan. Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas. Murah. Sesuai untuk rangkaian yang kecil.

Kelemahan Topologi Bas
  • Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. 
  • Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang. 
  • Sukar mengesan kerosakan. 
  • Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah. 
  • Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data


4. Topologi Hybrid (Hybrid Topology)


Kombinasi dari dua atau lebih topologi yang berbeda untuk membuat topologi hybrid. Ketika topologi dasar yang berbeda yang terhubung ke satu sama lain, mereka tidak menampilkan karakteristik dari setiap topologi satu tertentu. Ini adalah ketika itu menjadi topologi hibrida.


Kelebihan Topologi Hybrid
  • Fleksibilitas
  • Menambah koneksi perangkat lainnya adalah mudah, karena node baru dan / atau periferal dapat dihubungkan ke topologi dan kata topologi dapat dihubungkan dengan topologi hybrid dengan mudah.

Kelemahan Topologi Hybrid
  • Pengelolaan sulit
  • Biaya mahal dibanding topologi lainnya
  • Instalasi dan konfigurasi topologi sulit

JENIS TEKNOLOGI KOMUNIKASI

1. INTRANET
  • Rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi.
  • Menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja.
  • Meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh kakitangan organisasi.
  • Contoh Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web.
  • Perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.




Contoh INTRANET Homepage



2. EKSTRANET

  • Rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam.
  • Berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan atau perniagaan lain.
  • Boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.



3. INTERNET

  • Rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia.
  • Boleh diakses oleh orang awam.
  • Rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini.
  • Berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket(Protokol Internet).






Bahan-bahan dokumen TMK Tahun 5

1. Modul Dunia Pangkalan Data

Tuesday, November 4, 2014

::Tentang Diri Saya::

Assalamualaikum w.bt.
Saya tulis entri ini adalah sebagai memenuhi tuntutan Kursus Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Tahun 5 bagi sesi pengajian 2015 nanti.Kursus ini diadakan di Sk Ismail 2,Kota Bharu bermula dari 3 - 5 November 2015.
Jurulatih Utama kami adalah En Warid b Mihat dari Sk Kubang Kerian 3.Beliau merupakan seorang guru muda yang sangat dedikasi dan kreatif.Beliau mengajar subjek Bahasa Inggeris di Sk Kubang Kerian 3,Kota Bharu,Kelantan.Beliau memberi tugasan agar kami membina sebuah blogspot
     Baiklah, tanpa melengahkan masa saya ingin perkenalkan diri saya sebagaimana yang dikehendaki oleh JU kami bagi menyiapkan tugasan ini.Nama saya Wan Ramlah Bt Daud.Nama pena atau maya saya,  wannram.Saya merupakan  guru Penyelaras Bestari( GPB) yang telah dilantik oleh JPN Kelantan,Sekarang ini saya sedang bertugas di Sk Kubang Kerian 2.Saya mula melapor diri di sekolah ini pada 11.1.11.Satu tarikh yang sangat cantik.
    Saya telah berkhidmat di Sk Kubang Kerian 1 dari tahun 2009 hingga 2011 dan memegang jawatan sebagai Guru Penyelaras Bestari di situ dari tahun 2005 hingga 2011.Mengambil keputusan untuk berpindah ke Sk Kubang Kerian 2 adalah disebabkan oleh kemalangan jalanraya yang telah dialami oleh suami saya,Cikgu Azharan B Hussein pada bulan Jun 2010.kemalangan yang menimpanya mengakibatkan beliau telah mengalami kecederaan yang agak Beliau ke sekolah dengan menggunakan tongkat,menyebabkan saya terpanggil untuk berkhidmat di sekolah yang sama.
     Dengan berbekalkan pelbagai surat-surat hospital dan pembedahan,saya mencuba nasib,turun naik Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu,memohon..merayu ..agar dapat dipindahkan ke sekolah yang sama dengan suami saya.Permohonan saya ini disokong oleh Tuan Guru Besar saya,En Mohamaed b Che Noh atas dasar kemanusiaan dan ditambah pula dengan sokongan Tuan Guru Besar Sk Kubang Kerian 2,Tn Hj  Che Zaudin.Sokongan yang padu ini dikuatkan lagi dengan Guru Penyelaras Bestari Skkk2,Cikgu Zuhari  b Muhammad yang memohon untuk berpindah ke sekolah yang berdekatan dengan rumah beliau.Alhamdulillah,semua urusan pertukaran ini telah mendapat kelulusan,dengan Cikgu Zuhari telah ditempatkan di Sk Mulong 2 yang berhampiran dengan rumah beliau.


Tugasan yang diberikan oleh JU kami

JU kami Cikgu Warid b Mihat bersama Puan Zuriah Bt Muhammad dalam sesi kursus TMK Thn 5....
Gambar saya untuk memenuhi tugasan Blogspot yang diberikan oleh En Warid b Mihat..


Epsa....modul online yang mesti kami ikuti...

Sesi epsa...

Tugasan kedua...Microsoft Access oleh JU kami Cikgu Raja Zamri  dari SMK SEring,Kota Bharu.

Mengimbau Detik-detik Pertukaran Sekolah

Sk.Kubang kerian 2-11.1.11,suatu tarikh dan detik istimewa telah mengejutkan seluruh warga Skkk2 dengan penerimaan memo pertukaran Guru penyelaras Bestari,En.Zuhari B.Muhamed.Beliau telah berpindah ke Sk.Mulong 2.Gembira berbaur pilu,Cg.Zuhari menerima memo tersebut.Apa tidaknya,sudah lama beliau memohon pertukaran,namun baru tahun ini permohonan beliau berjaya.Pun begitu, di sebalik kegembiraan itu,terselit rasa pilu yang amat sangat.Sayu untuk meninggalkan rakan-rakan sekerja,para pentadbir ,murid-murid dan seluruh warga skkk2 yang sangat disayangi.Apa pun syabas dan tahniah kami ucapkan di atas kejayaan ini.       Beliau telah digantikan oleh Puan Wan Ramlah Bt.Daud,dari Sk.Kubang Kerian 1.Puan Wan Ramlah telah melapor diri ke Skkk2 jua pada tarikh 11.1.11.Detik ini akan menjadi suatu kenangan buat ke dua-dua personal ini dan juga kepada dua buah sekolah.Selamat datang diucapkan kepada Puan Wan Ramlah.Semoga anda selesa di sini dan sama-sama bergabung tenaga dan usaha ke arah menggemilangkan dan memartabatkan Skkk2 di persada pendidikan......"Selamat menjalankan tugas di sekolah baru "kami ucapkan buat Cikgu Zuhari dan jangan lupa kami di sini.Satu pesan kami di sini buat Cikgu Zuhari:...."Di mana bumi dipijak,di situ langit dijunjung.......Bila burung kembali ke sarang,berceritalah tentang kehebatan lama punye sarang......khabarkan yang baik-baik..tutupkan yang aib-aib... :)".Terima kasih yang tidak terhingga pihak Skkk2 ucapkan di atas jasa dan bakti yang telah anda taburkan buat Skkk2,sepanjang anda berada di sini.Mohon maaf di atas segala kesilapan atau terkasar bahasa yang telah kami lakukan sama ada dalam sedar atau alpa. Cg.zuhari sedang menerima memorandum pertukaran daripadaTuan Guru Besar GB sedang meneliti memo..... Bergambar kenangan sebelum berpisah..... Puan Wan Ramlah sedang melapor diri di Skkk2 pada tarikh:11.1.11.....selamat bertugas !!!

Kredit untuk : http://kbgkerian2.blogspot.com/


Lapor diri GPB baru pada 11.1.11

Guru Besar Skkk2 Tn Hj Che Zaudin sedang meneliti memo pertukaran setara GPB baru dan GPB lama
Cikgu Zuhari....serahan tugas

Bergambar kenangan sebelum berpisah secara rasmi....

Thursday, March 25, 2010

:: Info sekolah Bestari::

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani,emosi, rohani serta intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1986
Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman maklumat. Perkara ini ditegaskan dalam TheSmart School Conceptual Blueprint :
"The Malaysian Smart School is a learning institution that has been systemically reinvented in terms or teaching-learning practices and school management in order to prepare children for the Information Age".Tun Dr.mahathir....
Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka, dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik daripada segi amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan dua perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Maksud amalan P & P direka semula dengan mengintegrasikan elemen-elemen Bestari iaitu kemahiran generik, pendekatan pembelajaran, strategi P & P serta gaya pembelajaran dan ICT dalam P & P. Integrasi kesemua elemen ini adalah bertujuan untuk menjadikan P & P lebih menarik , mencabar, berkesan dan seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara holistik dan bersepaduseperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.