Thursday, March 25, 2010

:: Info sekolah Bestari::

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani,emosi, rohani serta intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1986
Sekolah Bestari ialah institusi pembelajaran yang direka semula daripada segi amalan pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan sekolah bagi menyediakan kanak-kanak zaman maklumat. Perkara ini ditegaskan dalam TheSmart School Conceptual Blueprint :
"The Malaysian Smart School is a learning institution that has been systemically reinvented in terms or teaching-learning practices and school management in order to prepare children for the Information Age".Tun Dr.mahathir....
Institusi ini melengkapkan pelajar supaya boleh belajar sepanjang hayat kerana maklumat berubah dengan pesat pada zaman maklumat. Maka, dapatlah dirumuskan bahawa Sekolah Bestari di Malaysia merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik daripada segi amalan Pengajaran dan Pembelajaran (P & P) dan pengurusan sekolah dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi zaman maklumat yang berasaskan dua perkara penting, iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan nilai-nilai murni serta kepakaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Maksud amalan P & P direka semula dengan mengintegrasikan elemen-elemen Bestari iaitu kemahiran generik, pendekatan pembelajaran, strategi P & P serta gaya pembelajaran dan ICT dalam P & P. Integrasi kesemua elemen ini adalah bertujuan untuk menjadikan P & P lebih menarik , mencabar, berkesan dan seterusnya dapat mengembangkan potensi murid secara holistik dan bersepaduseperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.