Tajuk: Sistem Rangkaian Dan Dunia Komputer
- Pengenalan Kepada Rangkaian
- Definasi Rangkaian
- Kegunaan Rangkaian
- Jenis-jenis Rangkaian
- Jenis Senibina Rangkaian
- Jenis Topologi
- Jenis Teknologi Komunikasi
Pengenalan Kepada Rangkaian
Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi.
Rangkaian yang pertama ialah pada sekitar akhir 1960-an dan awal 1970-an, iaitu ARPANET yang dibina oleh ARPA untuk Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet.
Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:
* Perkongsian Maklumat
* Perkongsian Sumber Perkakasan
* Perkogsian Sumber Perisian
* Utusan Elekronik (E-Mail)
* Keselamatan Data
* Sokongan
Definisi Rangkaian
Rangkaian komputer terdiri daripada dua atau lebih komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber (seperti pencetak dan CD-ROM), berkongsi fail, dan membenarkan komunikasi secara elektronik.
Komputer dalam rangkaian boleh dihubungkan melalui kabel, talian telefon, gelombang radio, satelit, bluetooth dan cahaya inframerah.
Kegunaan Rangkaian
3. Topologi Bas (Bus Topology)
4. Topologi Hybrid (Hybrid Topology)
Kombinasi dari dua atau lebih topologi yang berbeda untuk membuat topologi hybrid. Ketika topologi dasar yang berbeda yang terhubung ke satu sama lain, mereka tidak menampilkan karakteristik dari setiap topologi satu tertentu. Ini adalah ketika itu menjadi topologi hibrida.
- Berkongsi fail (gambar, muzik, dokumen, dll)
- Berkongsi peranti (printer, faks, modem, dll)
- Berkongsi akses internet
- Pengurusan perisian berpusat (perkongsian perisian dengan pelayan)
- Mel Elektronik (E-Mel)
Jenis Rangkaian
- LAN-Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network)
- Bentuk rangkaian paling mudah.
- Terhad kepada batasan geografi yang kecil.
- Boleh meliputi sesebuah bangunan, sekolah, pejabat atau kampus.
- MAN- Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network)
- Meliputi suatu kawasan geografi yang luas berbanding dengan LAN.
- Beroperasi di bandar-bandar, gabungan beberapa buah sekolah atau di sesebuah daerah.
- WAN- Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network)
- Menggabungkan 2 atau lebih rangkaian LAN
- Melibatkan suatu kawasan geografi yang luas. Contoh: Florida, Amerika dengan dunia.
- PAN- Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network)
- Rangkaian yang digunakan oleh perseorangan untuk kominikasi antara peranti komputer.
- Meliputi kawasan beberapa meter.
- Boleh dibuat melalui port USB, port FireWire, Inframerah dan bluetooth.
- VPN- Rangkaian Network Maya (Virtual Private Network)
- Menggunakan infrastruktur telekomunikasi awam seperti internet.
- Beroperasi untuk capaian dan akses yang lebih selamat ke atas ibu pejabat atau cawangan yang lain.
- Guna terowong (tunnel) untuk mengekalkan privasi dan keselamatan data terjamin.
- WLAN- Rangkaian Kawasan Setempat Tanpa Wayar (Wireless LAN)
- Jenis LAN yang guna frekuensi gelombang radio yang tinggi untuk berkomunikasi di antara nod.
- Biasanya liputan hanya 100 meter.
- WIMAX- Worldwide Interoperability for Microwave Access
Senibina Rangkaian
Adalah reka bentuk rangkaian komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang digunakan.Termasuk penggunaan transmisi, perisian dan protokol-protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa wayar.
Dua Jenis Senibina Rangkaian
1. Pengguna – ke – Pelayan
- Terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain (pengguna).
- Komputer pelayan menjalankan pengurusan berpusat untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain-lain.
- Komputer pengguna adalah komputer yang meminta perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan.
Ciri-ciri Pengguna – ke – Pelayan
2. Rakan – ke – Rakan /P2P
- Semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai pelayan dan pengguna.
- Semua komputer berupaya mencapai fail komputer yang lain. Pengguna hanya perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber lain dari setiap komputer dalam rangkaian.
Ciri-ciri
- Keselamatan sumber dan data dikawal oleh pelayan.
- perkongsian data dan perisian aplikasi
- perbelanjaan lebih mahal (komputer pelayan)
- perlu penyelenggaraan untuk menjamin keberkesanan sistem
- rangkaian tidak berfungsi(pelayan rosak)
Jenis Topologi
1. Topologi Bintang (Star Topology)
1. Topologi Bintang (Star Topology)
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
Kebaikan Topologi Bintang
- Mudah untuk menyambungkan kabel rangkaian
- Mudah mengenalpasti masalah
- Tiada gangguan pada sistem rangkaian apabila menyambung atau membuang peralatan dalam rangkaian.
Kelemahan Topologi Bintang
- Memerlukan kabel yang panjang (setiap node satu kabel)
- Sekiranya hab gagal fungsi keseluruhan rangkaian tidak dapat beroperasi
- Kos pemasangan yang lebih berbanding topologi bus.
2. Topologi Cincin (Ring Topology)
- Topologi cincin adalah topologi di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentukkan satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod.
- Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Kelebihan Topologi Cincin
- Ia adalah satu rangkaian yang teratur di mana semua nod dalam rangkaian mempunyai akses sama rata kepada semua sumber – sumber.
- Ia tidak memerlukan komputer pelayan rangkaian untuk menguruskan sambungan.
Kelemahan Topologi Cincin
- Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B,C,D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.
- Penambahan dan pengurangan peranti di dalam rangkaian boleh memberi kesan kepada keseluruhan rangkaian.
Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.
Kelebihan Topologi Bas
- Senang untuk menambah atau mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan. Kurang kabel dan jarak LAN tidak terbatas. Murah. Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
Kelemahan Topologi Bas
- Jika kabel tulang belakang (Backbone) atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
- Memerlukan terminator untuk kedua-dua hujung kabel tulang belakang.
- Sukar mengesan kerosakan.
- Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah.
- Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data
Kombinasi dari dua atau lebih topologi yang berbeda untuk membuat topologi hybrid. Ketika topologi dasar yang berbeda yang terhubung ke satu sama lain, mereka tidak menampilkan karakteristik dari setiap topologi satu tertentu. Ini adalah ketika itu menjadi topologi hibrida.
Kelebihan Topologi Hybrid
- Fleksibilitas
- Menambah koneksi perangkat lainnya adalah mudah, karena node baru dan / atau periferal dapat dihubungkan ke topologi dan kata topologi dapat dihubungkan dengan topologi hybrid dengan mudah.
Kelemahan Topologi Hybrid
- Pengelolaan sulit
- Biaya mahal dibanding topologi lainnya
- Instalasi dan konfigurasi topologi sulit
JENIS TEKNOLOGI KOMUNIKASI
1. INTRANET
- Rangkaian komputer yang khusus untuk kegunaan pada persekitaran dalaman suatu organisasi.
- Menggunakan teknologi rangkaian sebagai alat memudahkan komunikasi antara orang atau kumpulan kerja.
- Meningkatkan keupayaan perkongsian data seluruh kakitangan organisasi.
- Contoh Ethernet, WiFi, TCP / IP, pelayar web dan pelayan web.
- Perlu melalui tembok api (firewall) yang tidak boleh dicapai terus dari luar dan dalam.
Contoh INTRANET Homepage
2. EKSTRANET
- Rangkaian persendirian yang menggunakan teknologi internet dan sistem telekomunikasi awam.
- Berkongsi sebahagian daripada maklumat atau operasi perniagaan dengan pembekal, vendor, rakan kongsi, pelanggan atau perniagaan lain.
- Boleh dilihat sebagai sebahagian daripada intranet syarikat yang diberikan kepada pengguna di luar syarikat.
3. INTERNET
- Rangkaian global komputer yang saling berkait di seluruh dunia.
- Boleh diakses oleh orang awam.
- Rangkaian komputer yang berlainan yang disambungkan melalui rantaian menggunakan wayar tembaga, gentian optik dan sambungan tanpa wayar terkini.
- Berfungsi berdasarkan penghantaran data melalui satu jenis pensuisan paket(Protokol Internet).
Bahan-bahan dokumen TMK Tahun 5
1. Modul Dunia Pangkalan Data
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/index.php/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajaran_teras/teknologi_maklumat_dan_komunikasi/bahan_sokongan_modul_pdp_sistem_rangkaian_dan_dunia_internet_tahun_5_terbaharu
3. Dokumen Standard Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 5 (Terbaharu) dan Template Pelaporan DSKP TMK Tahun 5 (Terbaharu)
http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssr/dokumen_kurikulum/tahap_ii/mata_pelajaran_teras/teknologi_maklumat_dan_komunikasi